Pages

Thursday, January 12, 2023

Mencuba Resepi Sayur Bak Choy Sos Tiram Chinese Style oleh Hadirah Rosman

Semalam, saya masak untuk family Sayur Bak Choy, tak sangka sedap dan rasa macam jual dekat kedai! Ini semua berterima kasih kepada Resepi Hadirah Rosman di Youtube. Bahan-bahannya simple sahaja.
  • 3 pokok Bak Choy
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1/2 btg cili merah
  • 1 sdk lada putih
  • 3 sdb sos tiram
  • minyak masak
  • air
Ada lah sikit-sikit bahan yang saya ubah kerana mengikut portion family makan. Tak sangka, diri yang tak suka makan sangat sayur, tambah lauk! Ini semua sebab kerangupan bawang putih yang digoreng dahulu. Tetapi satu sahaja kesalahan saya, iaitu terlalu lama celur sayur dalam air mendidih. Jadi sayur itu jadi lembik sedikit. Apa-apapun saya sudah buat yang terbaik, dan ini makanan yang terbaik yang saya masak bulan ini. Selepas penat-penat masak yang paling best buat 'plating'. Jadi saya cuba buat bentuk bunga. Cantik bukan? Nampak lah seperti Bunga Teratai di Tasik ataupun nama lainnya Bak Choy Tiram berendam. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany