Pages

Thursday, January 12, 2023

Mencuba Resepi Sayur Bak Choy Sos Tiram Chinese Style oleh Hadirah Rosman

Semalam, saya masak untuk family Sayur Bak Choy, tak sangka sedap dan rasa macam jual dekat kedai! Ini semua berterima kasih kepada Resepi Hadirah Rosman di Youtube. Bahan-bahannya simple sahaja.
  • 3 pokok Bak Choy
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1/2 btg cili merah
  • 1 sdk lada putih
  • 3 sdb sos tiram
  • minyak masak
  • air
Ada lah sikit-sikit bahan yang saya ubah kerana mengikut portion family makan. Tak sangka, diri yang tak suka makan sangat sayur, tambah lauk! Ini semua sebab kerangupan bawang putih yang digoreng dahulu. Tetapi satu sahaja kesalahan saya, iaitu terlalu lama celur sayur dalam air mendidih. Jadi sayur itu jadi lembik sedikit. Apa-apapun saya sudah buat yang terbaik, dan ini makanan yang terbaik yang saya masak bulan ini. Selepas penat-penat masak yang paling best buat 'plating'. Jadi saya cuba buat bentuk bunga. Cantik bukan? Nampak lah seperti Bunga Teratai di Tasik ataupun nama lainnya Bak Choy Tiram berendam. Hehe. 

Monday, January 9, 2023

Mencuba Ujian Personaliti: Smile Dating Test?

Hai semua! Hari ini saya nak cuba permainan yang menarik perhatian saya bila baca blog Aienienka. Menurut Sea.mashable.com, permainan yang dikatakan (fun time-wasting quiz/test to do on the internet). ini dicipta oleh South Korean company Cookie Rocket Co. Ltd. Permainan ini bertujuan untuk 'mengetahui' jenis dating style kalian menggunakan emoji senyuman. 


Untuk 'ujian' ini, diberi 12 soalan berkenaan tindak balas kita terhadap situasi yang diberikan. Keputusan akhir, saya dapat Khaki Smile; a love analyst who learned love from writing. Hahaha keputusan itu agak lawak dan relateable juga.



Selain daripada game ini terdapat banyak lagi 'ujian' atau 'permainan' yang korang boleh main untuk hilangkan stress. Main saja-saja, sambil berfikir-fikir inilah perkembangan AI dan Internet of Things sekarang. Laju. Penat nak kejar haha. 

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany