Pages

Monday, November 8, 2021

Ulasan Skillshare: Productivity Masterclass - Principles and Tools to Boost Your Productivity oleh Ali Abdaal

Bulan lepas, saya ada langgan Skillshare dan video pertama yang saya tonton adalah berkaitan dengan 'productivity'. Hanya kerana saya mahu menjadi lebih 'produktif'. Dari situ, saya jumpa video Ali Abdaal. Dia adalah seorang doktor yang bekerja di UK, dan membuat video YouTube tentang perubatan, teknologi dan produktiviti. 


Kelas ini bertajuk Productivity Masterclass - Principles and Tools to Boost Your Productivity. Mempunyai 15 topik pembelajaran yang berdurasi 1 jam 55 minit, kelas ini bermula dengan satu formula produktiviti iaitu:
Productivity = output/time x f (fun factor)

Saya sokong dengan apa yang dikata Ali tentang fun factor. Sekiranya kita membuat satu perkara tanpa mempunyai elemen seronok, kebarangkalian kerja yang kita buat itu menjadi kurang produktif. Dalam banyak-banyak pembelajaran, pembelajaran yang paling menarik adalah tentang "Myth of I Don't Have Time". Sebenarnya, bukan kita semua tiada masa, cuma kita tak menjadikan sesuatu benda yang kita mahu buat itu sebagai keutamaan. 

"Time is what we want most but what we use worst"

Sesi pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu mitos (myth), undang-undang (laws) dan kuasa (powers). Dalam video ini, penonton akan tahu mitos I dont have time, motivation dan multitasking. dan teori prinsip seperti Parkinson's law, pareto principle, newtons first law of motion dan sebagainya. Menariknya, di akhir kelas terdapat sesi journaling yang melatih penonton untuk berfikir apa yang perlu diubah. 

Sejujurnya, saya dapat habiskan kelas ini selama satu hari sahaja dan saya terus amalkan satu prinsip iaitu, tiada alasan untuk tiada masa, hanya keutamaan. Prinsip itu sedikit sebanyak membantu saya hingga sekarang. Menonton video ini memang best dan ia membawa perubahan kepada diri saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

Tambahan pula, dalam penerangan Ali, Ali ada selitkan beberapa buku tambahan iaitu:


Video Ali dalam Skillshare adalah yang terbaik antara terbaik. Bukan sahaja dari isi percakapannya, tetapi juga dari segi rujukan yang lengkap dan penyampaian video. Segala artikel, buku, laman web, kertas kajian dan prinsip turut dinyatakan. Ia sangat senang untuk penonton yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang disampaikan. 

Monday, November 1, 2021

Ulasan Buku: Cerita Rakyat Sabah Lemak Ajaib oleh Saindim Sadah

⭐⭐⭐ (3)

Blurb Buku

Cerita-cerita rakyat ini cuba menyampaikan mesej positif kepada pembaca, khususnya peringkat rendah dalam membina jati diri di samping mengenal akal budi sesuatu kaum. Cerita-cerita rakyat ini cuba menyampaikan mesej positif kepada pembaca, khususnya peringkat rendah dalam membina jati diri di samping mengenal akal budi sesuatu kaum. Cerita-cerita rakyat ini cuba menyampaikan mesej positif kepada pembaca, khususnya peringkat rendah dalam membina jati diri di samping mengenal akal budi sesuatu kaum.

Cerita Lemak Ajaib ini mengisahkan tentang seorang suami yang bernama Andarayon mencari-cari makanan untuk keluarganya, kerana pada masa itu berlaku musim kemarau yang panjang. Akhirnya, dia menjumpai lemak yang berkata-kata dan ajaibnya, lemak itu boleh beri segala yang diperlukan Andarayon dengan syarat, rahsiakan kewujudan lemak itu termasuklah isteri dan anak-anak. Sehinggalah satu hari, kewujudan lemak itu terbongkar. 

Sejujurnya, ini pertama kali saya membaca cerita rakyat Sabah dan ia sangat menarik. Buku ini berjaya menyampaikan pesanan yang positif. Walaupun pengajarannya sama seperti cerita rakyat yang lain; jangan tamak. Tetapi jalan penceritaan yang unik membuatkan buku ini lain daripada yang lain. Sangat rekomen untuk pelajar sekolah rendah. 

Ulasan Audiobook: Siri Bencana Alam Gempa Bumi oleh Sarimah Haji Awang & Idzhar Jumali


⭐⭐⭐⭐ (3.9)

Synopsis: Revolves around the story of individuals when natural disasters are taking place. (Earthquake)
Hebat. Sangat hebat. Audiobook ini bercerita tentang keadaan tiga sekawan yang menghadapi bencana alam, gempa bumi. Pendapat saya, audiobook ini sangat berkualiti. Latar belakang bunyi yang realistik membuatkan seolah-olah saya sendiri menghadapi bencana alam itu. Terdapat beberapa contoh cara menghadapi gempa bumi yang ditunjukkan watak. Antaranya duck cover. Walaupun ia hanya buku kanak-kanak, tetapi banyak juga nasihat dan maklumat yang diberi dalam buku ini. Akhir kalam, buku ini sesuai untuk semua terutama adik-adik sekolah rendah. Pengalaman mendengar ini pasti membuatkan kalian bersyukur kerana berada dalam keadaan yang aman dan selamat.  

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany