Pages

Sunday, March 20, 2022

Book Review: I Want My Hat Back by Jon Klassen (Libby)

⭐⭐⭐⭐ (4/5)

My hat is gone. I want it back. So, who stole the hat? This bear ask every single animal he found just to ask them, have you seen my hat. And tell you what, this story is brilliant!. Really! Look, the bear is just like me when i can't find my things and i will just ask around asking the same question. Even this is children book, it is relatable at least for me. 

The bear is forgetful where he put his hat.

But not forget to say thanks to those who answer his question. 

Saturday, March 19, 2022

Ulasan Buku: 1 Percent Better Every Day by Energy L Tony (Libby)

⭐⭐⭐ (3.5/5)

1% better everyday, mengingatkan saya tentang melakukan perkara yang baik dari semalam. sekiranya semalam 1%, esoknya 2% dan berikutnya. Buku tentang self-development yang realistik dan bukan idealistik adalah keistimewaannya. Bertemakan konsep Kaizen, penulis membawa contoh-contoh yang berkaitan seperti Kaizen di dalam perniagaan, kesihatan, kewangan dan produktiviti. Bab yang paling menarik adalah bab 8 iaitu "Finding  Balance".

Kaizen = "Improvement or change for the better". Konsep ini digunakan secara berterusan dan berkali-kali. Seperti peribahasa barat, practise make perfect. Semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian adalah satu risiko dan mungkin akan mengalami pembaziran masa dalamnya. Namun, dengan mengaplikasikan konsep ini, apabila kita membuat satu kesalahan, kita akan memperbetulkannya selari dengan kerja yang telah kita lakukan.

Contohnya dalam penulisan blog. Menulis dan membiarkan satu postingan di dalam "draf" untuk menunggu satu postingan itu dihantar dalam keadaan yang sempurna adalah satu pembaziran masa dan usaha. Cadang penulis, menulis postingan, menghantar dan membetulkan dalam pada masa yang sama adalah sebaiknya. Ia menjimatkan masa seorang penulis yang perlu menghantar 10 artikel setiap hari. 

Bagi saya buku ini membantu saya untuk menyelesaikan satu perkara dengan masa yang pendek bersama usaha yang ringan. Walaubagaimanapun, penulis tidak terlalu berlebihan dalam perkara ini kerana dia juga mementingkan soal keseimbangan. Katanya, tidak mengapa sekiranya hari ini tidak serajin hari semalam. Sangat rekomen untuk kalian yang mahu menanam balik habit yang tertanam dan mahu mempunyai perubahan diri walaupun hanya 1%.

Saturday, March 12, 2022

Ulasan Buku: Dia Troublemaker oleh Nurul Ain Syuhada

⭐⭐⭐ (3/5)

Nunu atau nama sebenarnya Nur Aina hidup serba mewah namun miskin kasih sayang. Kehilangan abang kembar dan kedua orang tua membuatkan dirinya tidak tentu arah. Mungkin hidup dalam keadaan survival, dia bijak mempertahankan diri. ada sahaja helah untuk orang yang mengganggunya.

Apabila bertemu Alan, hidupnya semakin baik. Namun disebabkan satu perkara, Nunu membuat keputusan untuk menjadi lebih 'troublemaker'. 

Pada mulanya watak Nunu agak menjengkelkan, kebudak-budakan dan helahnya bagi saya agak biasa. Namun lama-kelamaan wataknya boleh diterima dan saya terhibur dengan watak Nunu yang 'free-spirited', independent dan ikut kepala sendiri. Saya juga agak sukar untuk menerima watak-watak sampingan yang terlalu dengki tanpa tujuan. Seolah-olah Nunu terlalu sempurna sedangkan hidupnya bukanlah sesesempurna yang disangka. Mungkin, penulis berjaya membuat watak antagonis dengan baik sehinggakan saya tak kisah langsung tentang keberadaan mereka. Janji, Nunu happy. 

Walaubagaimanapun, saya suka dengan susur alur cerita yang tersusun ini. Cerita cinta yang ringan dan tidak mempunyai banyak konflik. Pekerjaan Alan sebagai seorang doktor juga ditunjukkan dengan baik. Banyak show berbanding tell. Kudos untuk itu! Untuk pekerjaan Nunu...hmm saya sedikit berbelah bahagi. Tahniah penulis! 

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany