Pages

Monday, December 19, 2022

Break Away From Ordinary!


Sepanjang dalam perjalanan ke kenduri kahwin; saya tekun membaca karya Allan Young yang bertajuk Disruptable, ertinya tidak setanding atau mampu diganggu. Buku ini mengajak pembaca untuk:
  • Menerima perbezaan pendapat
  • Keluar dari zon selesa
  • Memerhati perkara yang mustahil
  • Berani untuk gagal
  • Mengambil tindakan yang bertujuan akan membawa kalian merasa tidak selesa mencuba perkara yang baharu, dimana kemungkinan ia akan akan mengubah dunia kalian selama-lamanya. 
Dengan membaca buku ini, dengan tidak secara langsung membuatkan saya berani untuk datang temu duga kerja sambilan. Bersama pengalaman yang kurang, saya tahu sepertimana dalam fikiran ramai orang, peluang untuk mereka menerima saya seadanya itu agak tipis.

"Awak simpan nombor saya dahulu"
"Sebenarnya kami lebih tertumpu untuk ambil pekerja sepenuh masa"
"Saya simpan resume awak"

Pada masa itu, saya hanya mengangguk. Saya sudah dapat mengagak keputusan akhir hanya dengan bagaimana mereka berkomunikasi. Ah tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya cuba dan berani untuk menghadapi kegagalan (buat masa kini). Sekurang-kurangnya saya sudah mendapat gambaran yang jelas apa yang saya perlu lakukan sebenarnya, dan apakah prioriti saya buat masa ini. Yang pasti, bukan bekerja sambilan. 

Mungkin, itulah apa yang mahu disampaikan penulis Allan Young, cuba melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, dari situ kalian akan mempelajari satu perkara yang bermakna. Klise, tapi benar. Adakah selepas ini saya akan cuba perkara yang membuatkan saya "tidak selesa'?

Sudah pasti!

No comments:

Post a Comment

Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany