Pages

Tuesday, October 26, 2021

Nyahkotak: Nirnama oleh Hilal Asyraf

Lama sudah menunggu, akhirnya Nirnama sudah berada di tangan. Mendapat nombor 0783 itu bukanlah perkara yang mudah. Teringat bagaimana laman web penulis hang dan pada masa itu baru pukul 9:30 malam. Setelah beberapa minit selepas itu, barulah berjaya beli. 

#nyahkotaknirnama #unboxingnirnama #bersamanirnama #dapatnirnama 

Cenderahati yang saya dapat:

  • 1x Novel Nirnama versi rumi
  • 1x Novel Nirnama versi jawi
  • 4x Penanda Novel Nirnama
  • 3x Poskad Nirnama
  • 1x Buku Seni Nirnama
  • 1x Buku Poket Dzikir Harian Yang Diamalkan Nirnama
  • 1x Kalendar 2022 Nirnama

Blurb Buku

Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?


Pada mulanya saya kurang suka dengan bentuk penanda buku yang ada kepala bulat di atas. Namun setelah berada di depan mata, cantik pula designnya; unik. Seperti biasa lukisan @NenekHani tidak mengecewakan.




Konklusinya, saya amat berpuas hati dengan apa yang saya dapat. Terima kasih kepada semua yang menjayakan buku ini dari penulis hinggalah pihak Ninja Van. Kepada kalian yang sudah mendapat Nirnama atau sedang menunggu Nirnama sampai, selamat membaca saya ucapkan. Saya baca dulu!  

No comments:

Post a Comment

Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany