Pages

Saturday, December 24, 2022

First Time Makan Coklat Dari Belgium; Neuhaus

 

Asalamualaikum. Siapa peminat coklat macam saya? Hari ini saya dan keluarga berpeluang untuk makan coklat premium Neuhaus Chocolates dari Belgium |1857. Percaya atau tidak, keluarga Neuhaus berasal daripada ahli farmasi kepada pembuat coklat!  

Jean Neuhaus adalah warga Switzerland yang berasal dari Itali. Apabila dia tiba di Switzerland, keluarga Jean menukar namanya daripada "Casanova" kepada "Neuhaus" kerana dia mahu menjadi seorang doktor yang dapat membantu orang ramai. Dengan tujuan yang murni, dia pergi belajar perubatan di Grenoble namun gagal dua kali. Pertama kerana dia tidak tahan melihat darah. Dan kedua, kerana dia berpindah dan menetap di Brussels pada tahun 1857. Pada tahun yang sama dia membuka sebuah farmasi di Galeri Ratu yang berprestij. Untuk menggembirakan pelanggannya, Jean Neuhaus menutup ubatnya dengan lapisan coklat yang halus. Setelah peredaran zaman, cucunya pula mengembangkan idea ini menjadi praline Belgium iaitu coklat yang dipenuhi dengan keseronokan dan bukannya ubat. Menarik bukan ceritera jenama coklat ini bermula?

Dalam kotak ini, ada 6 jenis coklat. Antaranya:

  • Diamant (Gianduja with caramelized hazelnuts)

Menurut Cambridge Dictionary, Gianduja adalah makanan Itali manis lembut yang diperbuat daripada coklat dan hazelnut. Ia dicipta di Turine semasa pemerintahan Napoleon (1796–1814). Jadi kebiasaannya jenis coklat ini terkenal dalam coklat panas dari lima perisa campuran: badam, oren, kopi, gianduia dan koko. 

  • Cornet Fondant (Dark hazelnut gianduja)

Disebabkan ia kelihatan seperti kon ais-krim. Coklat ini dikenali sebagai cornet fondant dan coklat ini mempunyai campuran dark chocolate + hazelnut chocolate. 

  • Coeur Praline (Gianduja with pieces of nougatine)

Coklat ini dipenuhi dengan praline badam California, hazelnut dari pantai Laut Hitam dan coklat susu Belgium yang terbaik. Sekiranya kalian mahu tahu, Praline adalah bahan licin dan manis yang dibuat dengan merebus kacang dalam gula dan mengisar campuran, digunakan terutamanya sebagai inti coklat. Untuk coklat ini, Nougatine yang berbentuk hati disaluti dengan salutan coklat membuatkan rasanya betul-betul kaya dengan coklat. 

  • Neuhaus Lait (Smooth almond praline) 

Coklat ini pula adalah campuran kacang almond dan praline; kacang + gula. Sedap. Bila gigit sahaja terasa lembut dan cair dalam mulut. 

  • Criollo 80% (Ganache with intense dark chocolate from Uganda)

Ini adalah coklat 80% gelap pekat. Katanya chocolate ini dari Uganda, negara di timur-tengah Afrika. 

  • Frederic (Hazelnut praline with Arabica coffee)

Coklat yang paling sedap jatuh kepada Frederic. Mungkin kerana mempunyai bahan kopi, bau kopi itu sungguh menyelerakan. Coklat ini adalah campuran kacang Hazelnut dan Arabica Coffee. Bila makan itu rasa kopi dan coklat menghasilkan rasa yang seimbang. Sangat sedap!

Selain dari enam chocolate itu, saya kagum dengan presentation kotak cholate ini. Sangat premium. Katanya, Neuhaus mahu menghasilkan coklat yang jujur; commitment to honest chocolate.

Untuk maklumat tambahan:

  • Mereka membuat semua coklat mereka di Belgium
  • 100% daripada coklat mereka dibuat dengan sumber koko yang mampan
  • Semua bahan mereka adalah dari asal semulajadi
  • Label FSC memastikan kertas diperoleh secara bertanggungjawab
  • Plastik dalam kotak ini diperbuat daripada bahan kitar semula

Sedap. Alhamdulillah. Terima kasih kepada student ibu yang menghadiahkan coklat ini. Sedap! Harga dia pun sedap huhu. 

Monday, December 19, 2022

Break Away From Ordinary!


Sepanjang dalam perjalanan ke kenduri kahwin; saya tekun membaca karya Allan Young yang bertajuk Disruptable, ertinya tidak setanding atau mampu diganggu. Buku ini mengajak pembaca untuk:
  • Menerima perbezaan pendapat
  • Keluar dari zon selesa
  • Memerhati perkara yang mustahil
  • Berani untuk gagal
  • Mengambil tindakan yang bertujuan akan membawa kalian merasa tidak selesa mencuba perkara yang baharu, dimana kemungkinan ia akan akan mengubah dunia kalian selama-lamanya. 
Dengan membaca buku ini, dengan tidak secara langsung membuatkan saya berani untuk datang temu duga kerja sambilan. Bersama pengalaman yang kurang, saya tahu sepertimana dalam fikiran ramai orang, peluang untuk mereka menerima saya seadanya itu agak tipis.

"Awak simpan nombor saya dahulu"
"Sebenarnya kami lebih tertumpu untuk ambil pekerja sepenuh masa"
"Saya simpan resume awak"

Pada masa itu, saya hanya mengangguk. Saya sudah dapat mengagak keputusan akhir hanya dengan bagaimana mereka berkomunikasi. Ah tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya cuba dan berani untuk menghadapi kegagalan (buat masa kini). Sekurang-kurangnya saya sudah mendapat gambaran yang jelas apa yang saya perlu lakukan sebenarnya, dan apakah prioriti saya buat masa ini. Yang pasti, bukan bekerja sambilan. 

Mungkin, itulah apa yang mahu disampaikan penulis Allan Young, cuba melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan, dari situ kalian akan mempelajari satu perkara yang bermakna. Klise, tapi benar. Adakah selepas ini saya akan cuba perkara yang membuatkan saya "tidak selesa'?

Sudah pasti!

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany