Pages

Friday, December 10, 2021

Book Review: Diary of Rich Kid Secret of The Sea by Malcolm Meijin

⭐⭐⭐⭐ (3.9)

Gelagat Robin dan kawan-kawan kembali dengan percutian yang luar biasa. Walaupun terpaksa berkurung di rumah kerana wabak coronavirus datang menyerang, akhirnya mereka dapat juga keluar bercuti. Bukan di darat tetapi di laut! Seperti biasa, dimana adanya Robin, di situlah adanya kejadian yang menarik, dimana mereka menemukan sebuah mitos dan rahsia yang hanya diketahui Robin dan kawan-kawan. Apakah rahsianya?

Antara tiga-tiga buku penulis, siri 'Secret of The Sea' yang paling saya suka. Apa yang saya suka adalah pembinaan dunia dalam cerita ini. Hotel dalam air? Sut menyelam yang canggih? Kolam dalam laut? Sungguh, idea penulis ini pelik dan menarik. Pendapat saya, sasaran buku ini untuk sekolah rendah namun masih perlu ditapis ringan tentang asal-usul bagaimana pandemik berlaku yang ditunjukkan dalam buku ini. Tambahan pula, entah mengapa, saya terasa jalan ceritanya terlalu pendek walaupun terdapat lebih 200 muka surat. Mungkin kerana monolog dalaman watak terlalu banyak hingga memberi kesan sebegitu. 

Apa-apapun, terima kasih buat penulis @malcolmmejin kerana menghantar saya salinan ebook sebagai pertukaran untuk ulasan yang jujur. Sangat menarik dan menghiburkan. Teruskan berkarya. 

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany