⭐⭐⭐ (2.9) |
In thinking keep to this simpleIn conflict be fair and generousIn governing do not try to controlIn work do what you enjoyIn family life be completely presentWhen you are content to be simply yourself and do not compare or competeEverybody will respect you
-Lao Tzu
Saya jumpa Audiobook ini di YouTube, dan ada pembaca di Goodreads kata manuskrip ini lebih sesuai untuk dijadikan Audiobook, dan saya setuju dengannya. Disebabkan struktur ayat yang pendek-pendek, ia sedikit menganggu konsentrasi saya untuk berhenti dan menghadam apa yang nak disampaikan dalam satu masa. Ia seperti baca puisi dimana memerlukan rasa puitis itu hadir. kalau tidak, isi itu tidak sampai ke hati. Begitulah...Jadi, bagi saya, dengar 'audiobook' sahaja sudah mencukupi.
Falsafah Lao Tzu ada membuatkan saya terfikir sendiri dan mengiyakan kerana ada beberapa prinsip yang membuka mata. Manuskrip ini biasa sahaja. Bagi saya, ia tidak terlalu hebat dan tidak terlalu teruk. Apa yang pasti, segala pandangan yang jernih dan lurus diambil, dan yang keruh juga bengkok dibuang. Sekiranya kalian mahu tahu bagaimana falsafah Taoisme. Mungkin sebagai buku permulaan, buku ini sesuai untuk anda baca (atau dengar!)
No comments:
Post a Comment
Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.