Pages

Monday, November 8, 2021

Ulasan Skillshare: Productivity Masterclass - Principles and Tools to Boost Your Productivity oleh Ali Abdaal

Bulan lepas, saya ada langgan Skillshare dan video pertama yang saya tonton adalah berkaitan dengan 'productivity'. Hanya kerana saya mahu menjadi lebih 'produktif'. Dari situ, saya jumpa video Ali Abdaal. Dia adalah seorang doktor yang bekerja di UK, dan membuat video YouTube tentang perubatan, teknologi dan produktiviti. 


Kelas ini bertajuk Productivity Masterclass - Principles and Tools to Boost Your Productivity. Mempunyai 15 topik pembelajaran yang berdurasi 1 jam 55 minit, kelas ini bermula dengan satu formula produktiviti iaitu:
Productivity = output/time x f (fun factor)

Saya sokong dengan apa yang dikata Ali tentang fun factor. Sekiranya kita membuat satu perkara tanpa mempunyai elemen seronok, kebarangkalian kerja yang kita buat itu menjadi kurang produktif. Dalam banyak-banyak pembelajaran, pembelajaran yang paling menarik adalah tentang "Myth of I Don't Have Time". Sebenarnya, bukan kita semua tiada masa, cuma kita tak menjadikan sesuatu benda yang kita mahu buat itu sebagai keutamaan. 

"Time is what we want most but what we use worst"

Sesi pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu mitos (myth), undang-undang (laws) dan kuasa (powers). Dalam video ini, penonton akan tahu mitos I dont have time, motivation dan multitasking. dan teori prinsip seperti Parkinson's law, pareto principle, newtons first law of motion dan sebagainya. Menariknya, di akhir kelas terdapat sesi journaling yang melatih penonton untuk berfikir apa yang perlu diubah. 

Sejujurnya, saya dapat habiskan kelas ini selama satu hari sahaja dan saya terus amalkan satu prinsip iaitu, tiada alasan untuk tiada masa, hanya keutamaan. Prinsip itu sedikit sebanyak membantu saya hingga sekarang. Menonton video ini memang best dan ia membawa perubahan kepada diri saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik lagi.

Tambahan pula, dalam penerangan Ali, Ali ada selitkan beberapa buku tambahan iaitu:


Video Ali dalam Skillshare adalah yang terbaik antara terbaik. Bukan sahaja dari isi percakapannya, tetapi juga dari segi rujukan yang lengkap dan penyampaian video. Segala artikel, buku, laman web, kertas kajian dan prinsip turut dinyatakan. Ia sangat senang untuk penonton yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang disampaikan. 

No comments:

Post a Comment

Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany