Pages

Saturday, March 12, 2022

Ulasan Buku: Dia Troublemaker oleh Nurul Ain Syuhada

⭐⭐⭐ (3/5)

Nunu atau nama sebenarnya Nur Aina hidup serba mewah namun miskin kasih sayang. Kehilangan abang kembar dan kedua orang tua membuatkan dirinya tidak tentu arah. Mungkin hidup dalam keadaan survival, dia bijak mempertahankan diri. ada sahaja helah untuk orang yang mengganggunya.

Apabila bertemu Alan, hidupnya semakin baik. Namun disebabkan satu perkara, Nunu membuat keputusan untuk menjadi lebih 'troublemaker'. 

Pada mulanya watak Nunu agak menjengkelkan, kebudak-budakan dan helahnya bagi saya agak biasa. Namun lama-kelamaan wataknya boleh diterima dan saya terhibur dengan watak Nunu yang 'free-spirited', independent dan ikut kepala sendiri. Saya juga agak sukar untuk menerima watak-watak sampingan yang terlalu dengki tanpa tujuan. Seolah-olah Nunu terlalu sempurna sedangkan hidupnya bukanlah sesesempurna yang disangka. Mungkin, penulis berjaya membuat watak antagonis dengan baik sehinggakan saya tak kisah langsung tentang keberadaan mereka. Janji, Nunu happy. 

Walaubagaimanapun, saya suka dengan susur alur cerita yang tersusun ini. Cerita cinta yang ringan dan tidak mempunyai banyak konflik. Pekerjaan Alan sebagai seorang doktor juga ditunjukkan dengan baik. Banyak show berbanding tell. Kudos untuk itu! Untuk pekerjaan Nunu...hmm saya sedikit berbelah bahagi. Tahniah penulis! 

No comments:

Post a Comment

Ini adalah polisi komen di blog ini. Komen yang dianggap spam, mengandungi kata-kata kesat, menghina individu, atau tidak berasas akan dipadamkan. Pemilik blog tidak bertanggungjawab atas komen yang diposkan oleh pembaca. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau memadam komen tanpa notis.

Featured Post

Ulasan Buku: Creacio oleh Naurah Hazwany