 |
⭐⭐⭐ (3.5/5) |
1% better everyday, mengingatkan saya tentang melakukan perkara yang baik dari semalam. sekiranya semalam 1%, esoknya 2% dan berikutnya. Buku tentang
self-development yang realistik dan bukan idealistik adalah keistimewaannya. Bertemakan konsep Kaizen, penulis membawa contoh-contoh yang berkaitan seperti Kaizen di dalam perniagaan, kesihatan, kewangan dan produktiviti. Bab yang paling menarik adalah bab 8 iaitu "Finding Balance".
Kaizen = "Improvement or change for the better". Konsep ini digunakan secara berterusan dan berkali-kali. Seperti peribahasa barat, practise make perfect. Semua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian adalah satu risiko dan mungkin akan mengalami pembaziran masa dalamnya. Namun, dengan mengaplikasikan konsep ini, apabila kita membuat satu kesalahan, kita akan memperbetulkannya selari dengan kerja yang telah kita lakukan.
Contohnya dalam penulisan blog. Menulis dan membiarkan satu postingan di dalam "draf" untuk menunggu satu postingan itu dihantar dalam keadaan yang sempurna adalah satu pembaziran masa dan usaha. Cadang penulis, menulis postingan, menghantar dan membetulkan dalam pada masa yang sama adalah sebaiknya. Ia menjimatkan masa seorang penulis yang perlu menghantar 10 artikel setiap hari.
Bagi saya buku ini membantu saya untuk menyelesaikan satu perkara dengan masa yang pendek bersama usaha yang ringan. Walaubagaimanapun, penulis tidak terlalu berlebihan dalam perkara ini kerana dia juga mementingkan soal keseimbangan. Katanya, tidak mengapa sekiranya hari ini tidak serajin hari semalam. Sangat rekomen untuk kalian yang mahu menanam balik habit yang tertanam dan mahu mempunyai perubahan diri walaupun hanya 1%.